بلقيس: ملكة سبأ (اليمن) وماحولها
Sunday, November 22, 2009
Nabi Sulaiman as
بلقيس: ملكة سبأ (اليمن) وماحولها
Saturday, November 21, 2009
Ayatollah Modarresi vs. Top Wahhabi Cleric
This is a speech being delivered by Ayatollah Modarresi at the shrine of Imam Hussein in response to the slanderous comment made by the top Wahhabi cleric in Saudi Arabia.. Keep watching to see the...
Wednesday, November 18, 2009
Kecintaan Kepada Allah SWT
Kecintaan Kepada Allah SWT hanya mampu dicapai dengan menghilangkan kecintaan kepada selain-Nya. Itulah yang terjadi kepada Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah. Setelah mencintai Allah SWT, dia tidak mencintai sesiapa pun.Hasan Al-Bashri, suatu ketika, datang melamar Rabi'ah, tetapi Rab'ah menolaknya dengan cara yang sangat halus. Beliau seakan-akan berkata, "Dalam hatiku sudah ada cinta kepada Allah SWT; Tidak tersisa lagi untuk mencintai manusia."
Waktu itu Rabi'ah menolak dengan mengajukan sebuah tesis. Ia bertanya kepada Hasan Al-Bashri, "Menurut pendapat anda, berapa % kah nafsu perempuan dibandingkan dengan nafsu lelaki?"Hasan Al-Bashri menjawab. "Sembilan puluh % nafsu perempuan dan sepuluh % nafsu lelaki."
Rabi'ah melanjutkan, "Berapa perbandingan akal perempuan dan akal lelaki?"
Hasan menjawab, "Sepuluh % akal perempuan dan sembilan puluh % akal lelaki."
Lalu Rabi'ah berkata. "Mengapa saya yang memiliki sepuluh % akal dapat mengawal sembilan puluh % nafsuku, sementara sembilan puluh % akalmu tidak dapat mengawal sepuluh % nafsumu?"
Dengan perasaan yang sedih, Hasan Al-Bashri pun meninggalkan Rabi'ah.
Ada seorang yang datang menanya kepada Rabi'ah, "Mengapa kamu menolak pinangan Hasan Al-Bashri?"
Rabi'ah menjawab, "Kerana di dalam hatiku hanya ada kecintaan kepada Tuhan; Tidak ada lagi tempat untuk mencintai sesama manusia."Orang itu bertanya lagi, "Apakah kamu mencintai Rasulullah SAWW yang juga seorang manusia?"
Rabi'ah menjawab, "Kecintaanku kepada Allah SWT tidak menyisakan tempat untuk mencintai manusia."
Dalam Sahih Bukhari-Muslim, sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAWW bersabda, "Kamu belum beriman sebelum Allah SWT dan Rasul-Nya lebih kamu citai daripada selain keduanya."
Turmudzi pula meriwayatkan bahwa Rasulullah Sbersabda, "Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan-Nya kepadamu, cintailah aku kerana kecintaanmu kepada Allah SWT. Dan cintailah keluargaku kerana kecintaamu kepadaku."
Tuesday, November 17, 2009
25 Wasiat Nabi SAW- Etika Hubungan Suami Isteri
Sumber dari Syamsuri Rifai Thursday, November 5, 2009
Doa Cinta Sejati
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ كُلِّ عَمَلٍ يُوْصِلُنِي اِلَى قُرْبِكَ، وَاَنْ تَجْعَلَكَ أَحَبَّ اِلَيَّ مِمَّاسِوَاكَ، وَاَنْ تَجْعَلَ حُبِّي إِيَّاكَ قَائِدًا اِلَى رِضْوَانِكَ، وَشَوْقِي اِلَيْكَ ذَآئِدًا عَنْ عِصْيَانِكَ، وَامْنُنْ بِالنَّظَرِ اِلَيْكَ عَلَيَّ، وَانْظُرْ بِعَيْنِ الْوُدِّ وَالْعَطْفِ إِلَيَّ، وَلاَتَصْرِفْ عَنِّي وَجْهَكَ، وَاجْعَلْنِي مِنْ اَهْلِ اْلإِسْعَادِ وَالْخُظْوَةِ عِنْدَكَ يَامُجِيْبُ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Allâhumma innî as-aluka hubbaka wa hubba man yu-hibbuk, wa hubba kulli ‘amalin yûshi-lunî ilâ qurbik, wa an taj’alaka ahab-ba ilayya mimâ siwâk, wa an taj’ala hubbî iyyâka qâidan ilâ ridhwânik, wa syawqî ilayka dzâidzan ‘an ‘ishyânik, wamnun binna-zhari ilayka ‘alayya, wanzhur bi’aynil wuddi wal 'athfi ilayy, walâ tashrif ‘annî wajhak, waj’al-nî min ahlil is’âdi wal khuzhwati ‘indaka yâ Mujîbu yâ Arhamar râ-himîn.
Aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu. Jadikan cintaku pada-Mu membimbingku pada ridha-Mu. Jadikan kerinduanku pada-Mu mencegahku dari maksiat atas-Mu. Anugerahkan padaku memandang-Mu.Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang. Jangan palingkan wajah-Mu dariku. Jadikan aku di antara penerima anugerah dan karunia-Mu wahai Pemberi Ijabah ya Arhamar rahimin.
(Mafâtihul Jinân, bab 1: 125)
Sumber by Syamsuri Rifai Friday, November 13, 2009
Saturday, November 14, 2009
ABU HANIFAH DAN BEHLUL (BAHLUL?)
Pada suatu ketika, pendapatnya itu telah menyebabkan berlakunya suatu tragedi.
Behlul bermaksud pintar dan pemimpin. Ia adalah nama kepada seorang sahabat al-Imam Ja‘far al-Sadiq (‘a.s) yang terkenal yang hidup sehingga zaman al-Imam ‘Ali al-Naqi (‘a.s) dan sempat melihat al-Imam Hasan al-‘Askari (‘a.s).
Berdasarkan perubahan nasib, biasanya beliau dirujukkan sebagai Behlul Majnun (Behlul yang gila). Ini kerana beliau berpura-pura menjadi gila untuk menyelamatkan nyawanya dari tugas-tugas penghakiman yang ditawarkan kepadanya oleh Khalifah Harun al-Rasyid.
Namun begitu dengan “ kepintarannya ” itu, dia mengambil kesempatan daripada perangai kegilagilaannya dengan selalu menentang tokoh-tokoh besar pada zamannya (termasuklah raja-raja) menerusi kelemahan-kelemahan mereka sendiri.
Pada suatu ketika, dia terdengar Abu Hanifah (yang tinggal di Kufah, Iraq) memberitahu para pengikutnya: “Saya mendengar tiga (3) perkara daripada al-Imam Ja‘far al-Sadiq (‘a.s) yang menurut pendapat saya adalah salah. Para pengikutnya itu lalu bertanya mengenai perkara-perkara tersebut. Abu Hanifah pun berkata:
“Pertama sekali, al-Imam Ja‘far al-Sadiq (‘a.s) mengatakan Allah (s.w.t) tidak boleh dilihat. Tetapi itu tidak benar. Seandainya sesuatu itu wujud, ia mestilah boleh
dilihat.”
“Kedua, beliau mengatakan syaitan akan disiksa dalam api neraka, tetapi hal itu mustahil berlaku kerana syaitan dijadikan daripada api. Bagaimanakah api boleh
memudaratkan sesuatu atau seseorang yang juga dijadikan daripada api?”
“Ketiga, beliau mengatakan perbuatan manusia dilakukan dengan kehendak dan kekuasaannya, dan manusia bertanggungjawab ke atasnya. Tetapi perkara itu
tidak tepat kerana semua perbuatan manusia dilakukan dengan kehendak dan kekuasaan Allah, dan Allah yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas perbuatan tersebut.”
Pada ketika para pengikutnya baru hendak memujinya, Behlul mengambil segumpal tanah dan melontarkannya tepat ke arah Abu Hanifah. Gumpalan tanah itu tepat mengenai dahinya, lantas dia menjerit kesakitan. Para pengikutnya menangkap Behlul lalu Abu
Hanifah membawanya menemui Qadi.
Qadi mendengar aduan itu dan bertanyakan kepada Behlul sama ada tuduhan tersebut benar atau sebaliknya.
Behlul: “Wahai Qadi! Abu Hanifah mengatakan dia mengalami sakit yang kuat di kepalanya kerana terkena lontaran gumpalan tanah. Tetapi saya berpendapat, dia
berdusta. Saya tidak percaya kepadanya sehinggalah saya melihat “ sakit ” itu sendiri.”
Abu Hanifah: “Kamu benar-benar gila. Bagaimanakah aku dapat menunjukkan “ sakit ”
kepadamu? Adakah sesiapa yang pernah melihat “sakit”?”
Behlul: “Tetapi wahai Qadi! Tadi dia baru sahaja mengajarkan para pengikutnya, seandainya sesuatu itu memang wujud, ia mestilah boleh dilihat. Oleh kerana dia
tidak boleh memperlihatkan “sakit” itu, saya anggap berdasarkan kepercayaannya sendiri, dia tidak sakit sama sekali.”
Abu Hanifah: “Oh, sakitnya kepalaku!”
Behlul: “ Wahai Qadi, ada satu perkara lagi yang saya teringat. Dia juga memberitahu para pengikutnya oleh kerana syaitan dijadikan daripada api, maka api neraka
tidak boleh memudaratkannya. Sekarang, manusia dijadikan daripada tanah seperti yang dinyatakan oleh al-Qur’an, sedangkan gumpalan tanah jugalah yang mengenainya. Saya hairan bagaimana dia boleh mendakwa gumpalan tanah itu boleh memudaratkan manusia yang juga dijadikan daripada gumpalan tanah?”
Abu Hanifah: “Wahai Qadi, Behlul ingin melepaskan dirinya dengan omong-omongnya itu. Tolonglah balaskan dendamku kepadanya.”
Behlul: “Wahai Qadi, saya fikir Abu Hanifah ternyata salah membawa saya ke mahkamah ini. Dia baru saja memberitahu segala perbuatan manusia adalah dilakukan oleh Allah dan Allahlah yang bertanggungjawab ke atas perbuatan-perbuatan mereka. Sekarang, kenapakah dia membawa saya ke sini? Seandainya dia benar-benar sakit akibat terkena gumpalan tanah itu (yang saya sendiri cukup meraguinya berdasarkan hujah-hujah yang telah dijelaskan), dia sepatutnya mendakwa Allahlah yang mencederakannya dengan melontar gumpalan tanah itu.
"Kenapakah manusia yang tidak berdaya seperti saya dibawa ke mahkamah sedangkan semua perbuatan yang saya lakukan itu sebenarnya dilakukan oleh Allah?”
Qadi pun membebaskan Behlul.
Rujukan: http://almawaddah.hostei.com/
Sunday, October 25, 2009
Pernikahan Fatimah as
Setelah Fatimah as mencapai usia dewasa dan tiba pula saatnya untuk beranjak pindah ke rumah suaminya (menikah), banyak dari sahabat-sahabat yang berupaya meminangnya. Di antara mereka adalah Abu Bakar dan Umar. Rasulullah saw menolak semua pinangan mereka. Kepada mereka beliau mengatakan, “Saya menunggu keputusan wahyu dalam urusannya (Fatimah as).”
Kemudian, Jibril as datang untuk mengkabarkan kepada Rasulullah saw, bahwa Allah telah menikahkan Fatimah dengan Ali bin Ali Thalib as. Tak lama setelah itu, Ali as datang menghadap Rasulullah dengan perasaan malu menyelimuti wajahnya untuk meminang Fatimah as. Sang ayah pun menghampiri putri tercintanya untuk meminta pendapatnya seraya menyatakan, “Wahai Fatimah, Ali bin Abi Thalib adalah orang yang telah kau kenali kekerabatan, keutamaan, dan keimanannya. Sesungguhnya aku telah memohonkan pada Tuhanku agar menjodohkan engkau dengan sebaik-baik mahkluk-Nya dan seorang pecinta sejati-Nya. Ia telah datang menyampaikan pinangannya atasmu, bagaimana pendapatmu atas pinangan ini?”
Fatimah as diam, lalu Rasulullah pun mengangkat suaranya seraya bertakbir, “Allahu Akbar! Diamnya adalah tanda kerelaannya.”
Tuesday, September 29, 2009
Hazrat Fatima Masoumeh S.A

NAME:- Fatima Masoumeh
TITLE:- Masoumeh
FATHER'S NAME:- Imam Musa alKazim
MOTHER'S NAME:- Najmah Khatoon
The name of this divine lady was Fatima and her nickname was Masoumah. Her father was Imam Musa al-Kazim (A.S.), the seventh Imam of the Shi'ites and her mother was named Najma Khatun who was also the mother of Imam Reza (A.S.), the eighth Shi'ite Imam.
She was born on first day of the month of Zee al-Qa'adah in the year 173 A.H./789 A.D., in the holy city of Madinah Munawwarah. Her holy father was martyred in the Baghdad prison at the hands of the Abbasid caliph Harun al-Rashid after undergoing long term of imprisonment and tortures. After the martyrdom of her holy father she came under the care of Imam Reza (A.S.), her elder brother.
Read More
Three sayings of Fatimah Ma'soomah by three Imams
* Imam Sadiq (A.S.) said: soon a lady by the name Fatimah from my family will be buried in Qum. Heaven becomes obligatory on one who visits her.
* Imam Radha (A.S.) said: One who visits her will be granted Heaven.
* Imam Jawad (A.S.) said: that one who visits my Aunt in Qum will be granted heaven.
Courtesy: Zainab Hasan R. Manji.
Read also from "The Birth of the Holy Lady Fatemah Ma'soomah and her childhood"
MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA

KAUM MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Sebagaimana yang kita ketahui, setiap insan di dunia ini pasti mengidamkan sebuah keluarga bahagia, yang menjamin kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat. Tetapi kita mesti ingat bahawa hanya orang yang mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya sahaja yang dapat membahagiakan keluarga mereka. Dalam masyarakat Islam, suami atau bapa adalah ketua kepada sebuah keluarga. Maka suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas sebagai suami atau bapa untuk memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT. Apabila seorang suami atau bapa dapat menjalankan semua perintah Allah dan Rasul-Nya, maka patut pula diperhatikan dan diamalkan beberapa perkara berikut. Di antaranya ialah:
1. Mengajarkan ilmu agama kepada ahli keluarga secukupnya.
2. Biasakan sembahyang berjemaah bersama mereka.
3. Memohon keampunan untuk mereka.
4. Galakkan dan ajarkan mereka membaca al-Qur'an.
5. Sayangi dan kasihilah mereka.
6. Memberi mereka rezeki yang halal.
7. Luangkan masa bersama mereka.
8. Tidak membenarkan mereka melakukan perkara mungkar.
9. Mengadili mereka dengan cara yang baik.
10. Galakkan mereka agar saling bantu-membantu antara satu sama lain.
11. Ajar mereka agar menjadi se-orang yang pemaaf.
Terusakan di sini...
Oleh: Mohd. Nasrul Karim (JAINK)
Saturday, August 29, 2009
Siapa Bersama Nabi Saat Hijrah?
ثم قال رسول الله صلى الله عليه وآله لابى بكر : أرضيت أن تكون معي يا أبابكر تطلب كما اطلب ، وتعرف بأنك أنت الذي تحملني على ماأدعيه ، فتحمل عني أنواع العذاب ؟ قال أبوبكر : يا رسول الله أما أنا لو عشت عمر الدنيا أعذب في جميعها أشد عذاب لا ينزل علي موت مريح ، ولا فرج متيح وكان في ذلك محبتك لكان ذلك أحب إلي من أن أتنعم فيها وأنا مالك لجميع ممالك ملوكها في مخالفتك ، وهل أنا ومالي وولدي إلا فداؤك ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وآله : لا جرم إن اطلع الله على قلبك ووجد ما فيه موافقا لما جرى على لسانك ، جعلك مني بمنزلة السمع والبصر والرأس من الجسد ، وبمنزلة الروح من البدن ، كعلي الذي هو مني كذلك ، وعلي فوق ذلك لزيادة فضائله وشريف خصاله . يا أبابكر إن من عاهد الله ثم لم ينكث ولم يغير ، ولم يبدل ولم يحسد من قد أبانه الله بالتفضيل فهو معنا في الرفيق الاعلى ، وإذا أنت مضيت على طريقة يحبها منك ربك ، ولم تتبعها بما يسخطه ، ووافيته بها إذا بعثك بين يديه ، كنت لولاية الله مستحقا ، ولمرافقتنا في تلك الجنان مستوجبا .
Kemudian Rasulullah [Shalallahu alaihi wa aalihi wassalam] berkata kepada Abubakar : “Apakah engkau rela menyeru sebagaimana aku menyeru, berdakwah sebagaimana aku, dan menahan siksaan sebagaimana aku ?”.
Abubakar berkata : “Wahai Rasulullah, jika aku hidup seumur dunia dan tersiksa dengan pedih, dimana tidak ada kematian dan tidak pula ada kesenangan, jika semua itu karena mencintai anda, maka hal itu lebih aku sukai daripada hidup dalam kenikmatan dan menjadi penguasa bagi semua kerajaan dan menentangmu. diriku, hartaku, dan anak-anakku menjadi tebusan bagi anda”.
Rasulullah [Shalallahu alaihi wa aalihi wassalam] berkata kepadanya : “Tidak diragukan bahwa Allah mengetahui hatimu yang sesuai dengan lisanmu. Kedudukanmu di sisiku bagaikan kedudukan telinga, mata dan kepala bagi tubuh, dan bagaikan kedudukan nyawa atas badan. Demikian pula Ali memiliki kedudukan seperti itu di sisiku, bahkan lebih dari itu dengan kelebihan keutamaannya dan kemuliaannya. Wahai Abubakar, jika seseorang telah berjanji kepada Allah, kemudian ia tidak melanggar dan merusaknya, tidak mengubah dan tidak hasad kepada orang yang telah Allah tetapkan keutamaannya, maka akan bersama kami dalam kedudukan tertinggi. Jika kau melewati jalan yang Allah inginkan, dan tidak mengikuti apa-apa yang Allah benci, dan setia atas keputusan-Nya, maka kau berhak berada dalam wilayah Allah dan berada di Syurga bersama kami”
Saturday, July 04, 2009
Wasiat Ali bin Abi Thalib ra Kepada Hasan
Melihat ayahnya yang terluka di pembaringan, Hasan tak mampu membendung air matanya. Sang ayah kemudian berkata kepada putranya itu, “Anakku, pesanku, jagalah empat perkara, dan empat perkara yang lain!”
“Apa perkara-perkara itu, wahai Ayahanda?” tanya Hasan.
Ali ra menjawab, “Kekayaan yang tiada taranya adalah akal, kemiskinan yang paling buruk adalah kebodohan, kesepian yang paling baik adalah ujub, dan kemurahan yang teramat mulia ialah budi pekerti.”
“Apa empat perkara yang lain?” tanya Hasan lagi.
Read More
Sunday, June 28, 2009
Wiladah Saidatina Fatimah Az Zahra’ Salamullah Alaiha
Rasulullah saw bertanya kepadanya, “Mengapakah anda berhijab,sedangkan orang itu buta?”
Zahra (as) memberi responnya, “Walaupun dia tidak nampak saya,tetapi saya melihatnya,serta dia boleh mencium bauku”.
Pantas Rasulullah (saw) bersabda, “saya naik saksi bahawa kamu adalah cebisan dari diriku.
Amru bin Dinar meriwayatkan dari Aisyah berkata: "Tidak pernah aku melihat seseorang pun yang lebih benar daripada Fatimah salamullah 'alaiha selain daripada ayahnya."[Hilyatul-awliya, Juzuk 2, hlm. 41]
Read More


