Ini bukan Wikileaks atau Wikipedia, tetapi Wikifiqh
Photo: Dr Faisal TehraniKAMI akan menceritakan kepada kalian satu persatu. Kata Saidina Abu Bakar, 'Pada setiap buku terdapat rahsia, dan pada tiap-tiap rahsia itu ada dalam al-Quran dan ia terkandung pada huruf-huruf pembukaan setiap surah.'
Kami akan menceritakan. Supaya kalian dapat pengajaran. Pada suatu malam yang gelita Tuan Presiden didatangi seorang lelaki yang tampak sungguh berwibawa. Ia mengenakan jubah putih santan, dengan serban hitam yang gelap ibarat malam tanpa bintang, di tengkuknya terlilit kain hijau daun pisang. Janggut lelaki tersebut lebat tetapi rapi. Matanya bening berkaca-kaca, menambah mendung pada wajah. Di tangan kanannya memegang al-Quran. Lelaki misteri itu menjelma dalam mimpi Tuan Presiden sambil memesan, "Himpunkan ilmu-ilmu yang ada di dalam kitab suci al-Quran untuk tatapan."
....
Tukang sapu
Tuan Presiden tidak berkelip.
"Yang berhak menafsir al-Quran ialah ahlul bait sesudah ketiadaan Rasulullah SAW. Bukan yang lain. Merekalah yang mengetahui tiap rahsia al-Quran. Mereka pintu ilmu Jika engkau ingin mengetahui rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad, esok siang engkau tanyakan kepada tukang sapu sampah di pejabatmu. Ia lelaki yang putih matanya kerana banyak menangis. Namanya Yaakub." Ujar lelaki berwibawa sebelum berlalu dari mimpi Tuan Presiden.
Keesokan hari, Tuan Presiden membatalkan semua acara yang diatur pembantunya. Ia masuk ke dalam kamar kerja dan memesankan, "Carikan kita seorang tukang sapu bernama Yaakub."
Tidak berapa lama kemudian, tukang sapu buta itu dihadirkan ke pejabat. Tuan Presiden menggeletar. Inilah lelaki yang muncul dalam mimpinya sekian lama. Cuma, cuma ia cacat penglihatan. Cuma, cuma pakaiannya compang-camping dengan tangan kanannya memegang penyapu.
"Apakah rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad?" Soal Tuan Presiden menggigil kepala lutut.
"Ia adalah satu rahsia untuk satu kebenaran. Begini, saat Allah berfirman kepada nabinya Zakaria dari keturunan Yaakub. Bahawa Nabi Zakaria a.s. memohon Allah mengajarkan nama-nama yang dapat memadam kesedihannya ekoran ia tidak punya zuriat. Hadirlah Jibrail mengajarkan nama-nama; Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husin. Setiap kali Zakaria menyebut-nyebut nama Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan ia akan sentiasa berasa aman; akan tetapi saat ia menyebut nama Husin, hatinya kembali gundah gulana. Maka Zakaria pun bertanya kepada Tuhannya, 'Apakah sebabnya hatiku ini akan berasa sebak duka dan bertangisan-tangisan tatkala nama Husin disebutkan?' Maka Allah pun menyebutkan huruf-huruf muqaththa'ah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Adalah Kaf itu Karbala, Ha itu adalah Halakal 'ithrah iaitu terbantainya keluarga suci Nabi SAW, ia itu Yazid, adapun Ain itu adalah 'Athsyal Husin atau dahaganya al-Husin di Karbala sementara Shad bermaksud Shabruhu iaitu kesabarannya al-Husin. Sebaik mendengar kisah penuh yang menimpa Saidina Husin di Karbala, Nabi Zakaria a.s pun menangis dan meratap'. Selanjutnya di sini.
No comments:
Post a Comment