Pages

Wednesday, March 17, 2010

Seksa Neraka



Fudhail ibn Ayadh, salah seorang Sufi besar, mengatakan bahawa ia mempunyai seorang murid yang soleh dan baik budi. Suatu hari si murid itu telah jatuh sakit, dan ketika saat kematiannya sudah hampir, Fudhail yang menziarahinya membacakan surah Yasin. Si murid meminta Fudhail berhenti membacanya. Fudhail kemudian meminta anak muridnya itu membaca kalimah tauhid, tetapi si murid tersebut menolak dan berkata bahawa ia sakit kerana kalimat itu. Fudhail terhenyak dan merasa sedih denga sikap muridnya itu, maka ia pun pulang ke rumah dan tidak keluar selama beberapa hari.

Suatu malam Fudhail bermimpi bahawa si muridnya itu disumbatkan ke dalam api neraka oleh para malaikat yang murka. Fudhail menghentikan mereka dan menyelidiki mengapa muridnya sampai diperlakukan begitu, padahal dia seorang murid yang selalu taat dan soleh. Ia bertanya kepada si muridnya mengenai apa sebab di balik akhir hayatnya yang menyakitkan itu. Si murid menjawab bahawa ia memiliki tiga tabiat yang buruk;

1. Mengumpat, “Celakalah bagi setiap pengumpat lagi pencela.” (QS. Al-Humazah: 1)
2. Iri hati, “Sesungguhnya rasa iri itu merusak iman, sebagaimana api melumatkan kayu” (Ushul Kafi)
3. Berbuat kerusakan. “Berbuat fitnah lebih berat dari pembunuhan.” (QS. Al-Baqarah: 217).

Si murid mengatakan juga kepada Fudhail, bahawa ia pernah melakukan suatu perbuatan yang juga terbukti membahayakan kehidupan akhiratnya. Ia mengatakan bahawa satu ketika ia menderita sakit, dan tabib menganjurkannya minum khamar untuk mengobatinya. Tabib tersebut memberitahunya bahawa jika ia tidak menurut, maka ia tidak akan sembuh. Ia melakukan apa yang dikatakan tabib tersebut. Disebabkan oleh hal ini dan tiga kebiasaan buruk lainnya maka akhir hayatnya begitu menyakitkan, dan ia mati dalam keadaan memalukan.

Sumber: Menyelusuri Alam Akhirat, Syaikh Abbas Mohammad Reza al-Qummi.

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Followers

Follow Us on Facebook

From Where?

widgeo

Star


c

Visitors Map

Visitors Map