Pages

Wednesday, March 17, 2010

Cinta Dunia

Kebencian terhadap kematian dan kecintaan terhadap dunia muncul dari pemikiran orang tidak menyakini hari akhirat, yang berfikir bahawa kebahagiaan dunia ini merupakan kemakmuran dan keberuntungan baginya.

Dunia yang kenyang dengan banyak sekali kesulitan dan kecemasan ini mesti berakhir dengan kesengsaraan dan tidak menikmati keabadian, kebaikan dan ketulusan hati.

Seorang penyair berkata mengenai hal ini sebagaiman berikut;

"Jangan kau pasrahkan hatimu kepada dunia ini,
kerana dunia ini ibarat pengantin perempuan yang selingkuh
yang tidak pernah mencintaimu,
selaipun hanya semalam.".

Al-Quran mengatakan bahawa cinta dunia itu merupakan salah satu ciri dari orang yang tidak beriman;
"(Orang-orang yang tidak beriman) senang dan puas dengan kehidupan dunia ini."
(QS: Yunus. 71)

Dalam surah lain dikatakan;

"Apakah engklau puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?"
(QS: at-Taubah, 38)

Mengenai kaum Yahudi, dikatakan,;

"Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun."
(QS: al-Baqarah, 96).

Terdapat banyak hadis yang membenci sikap cinta dunia. Nabi saww bersabda, "Sesungguhnya cinta dunia ini adalah sumber dari setiap kejahatan".

Sumber: Menyelusuri Alam  Akhirat, Syaikh Abbas Mohammad Reza al-Qummi.


No comments:

Post a Comment

My Blog List

Followers

Follow Us on Facebook

From Where?

widgeo

Star


c

Visitors Map

Visitors Map