Suatu hari Nabi Muhammad (saw) bersama Imam Ali(as) duduk di hutan kecil, tiba-tiba datang seekor lebah dan hinggap di leher Imam Ali (as), Rasulullah saww berkata kepada Imam Ali bahwa sebenarnya lebah ini hendak menjamu kita, kemudian lebah ini berkata pada Rasulullah saww bahawa ada sedikit madu di suatu tempat dan suruhlah Amirul Mukminin pergi kesana untuk mengambil madu tersebut.Kemudian Imam Ali (as) pergi untuk mengambil madu tersebut dan membawanya kehadapan Rasulullah, kemudian Rasulullah bertanya pada lebah tersebut: "Makanan yang kau makan adalah sari bunga yang pahit, apakah penyebabnya ketika sari bunga itu masuk dalam tubuhmu dapat menjadi manis?".
Lalu lebah (Honey Bee) itu menjawab: "Itu semua berkat wujudmu wahai Rasulullah, sebab setiap sari bunga yang masuk ke dalam tubuh kami, Allah mengilhamkan pada kami untuk bershalawat padamu, oleh kerana itu sari tersebut menjadi manis dalam tubuh kami".Read More



No comments:
Post a Comment