Suatu hari seorang penduduk Yaman bernama Khuzaifah Al-Yamani berkata bahawa dia pernah berjumpa dengan seorang khalifah.
Khalifah tersebut bertanya keadaan diri Khuzaifah, "Bagaimana keadaanmu di pagi ini, wahai putera Al-Yamani?"
Khuzaifah menjawab, "Sebagaimana yang Anda inginkan. Di pagi ini aku - demi Allah - membenci al-haq dan mencintai fitnah, aku bersaksi atas apa yang tidak ku lihat, aku sholat tanpa wudhu' dan di bumi ini aku memiliki apa yang tidak Allah miliki di langit."
Jawapan putera Al-Yamani ini telah menaikkan kemarahan si khalifah dan si khalifah tersebut ingin memukul Khuzaifah Al-Yamani di atas ucapannya itu. Di pertengahan jalan, si khalifah bertemu dengan Ali bin Abi Thalib kw. Ali kw dapat melihat kemarahan di muka khalifah tersebut, lalu bertanya, "Apa yang menyebabkan anda amat marah ni, wahai khalifah?"
"Aku bertemu dengan Khuzaifah bin Al-Yamani," jawabnya tegas. "Aku tanya bagaimana keadaan dia di pagi ini, jawabnya, di pagi ini aku membenci al-haq," kata khalifah selanjutnya.
Ali kw mencelah, "Dia benar. Dia membenci kematian dan kematian adalah al-haq (kebenaran)."
"Dia berkata, aku mencintai fitnah," si khalifah meneruskan katanya dengan kekesalan.
Ali kw terus memberi penjelasan, " Dia benar. Dia mencintai harta dan anak. Allah Ta'ala berfirman; "Sebenarnya harta dan anak kalian adalah fitnah (ujian), (QS Al-Munafiquun 15)."
Khalifah berkata lagi, "Katanya aku bersaksi atas apa yang tidak aku lihat."
"Dia benar! Dia bersaksi atas keEsaan Allah, kematian, kebangkitan, hari qiyamat, syurga, neraka, shirat-tul mustaqim. Semua itu belum pernah dia melihatnya," jawab Ali kw pasti.
Khalifah berkata lagi, "Katanya dia sholat tanpa wudhu'."
Ali kw menjawab, "Dia benar! Dia shoat (membaca salawat) atas anak pamanku Rasulullah saww tanpa wudhu' dan itu diperbolehkan."
Khalifah terus berkata, "Wahai Abal Hasan, dia telah mengatakan sesuatu yang lebih dahsyat dari itu."
"Apa itu?" tanya Ali kw ingin penjelasan lanjut.
Khalifah menjawab, "Dia berkata dia memiliki sesuatu di bumi apa yang tidak dimiliki Allah di langit."
"Dia memang benar! Dia memiliki isteri dan anak sedangkan Allah terlalu maha Agung untuk mempunyai pasangan dan keturunan," jawab Ali bin Abi Thalib kw enteng.
Dengan nada kekesalan, si khalifah berkata, "Hampir saja putera Al-Khattab binasa jika tidak berjumpa denganmu wahai Ali bin Abi Thalib kw pad pagi ini."

No comments:
Post a Comment