Pages

Friday, March 27, 2009

Penghakiman Yang Adil dan Bijaksana

Dua orang sahabat bermusafir bersama. Di suatu tempat, mereka berhenti untuk makan tengahari. Sambil duduk, mereka pun mula membuka bekalan masing-masing. Lelaki pertama membawa tiga potong roti, sedang lelaki kedua membawa lima potong roti.

Ketika keduanya telah siap sedia untuk makan, tiba-tiba seorang musafir datang menuju tempat mereka berehat dan terus duduk bersama mereka.

"Mari, silakan, kami sedang bersiap-siap untuk makan tengahari," kata salah seorang dari dua lelaki tadi.

"Aduh ..... saya tidak membawa bekalan," jawab musafir itu.

Maka mereka pun mulai memakan roti bersama-sama. Setelah selesai makan, maka musafir yang baru sampai tadi meletakkan wang lapan dirham di hadapan dua lelaki tersebut seraya berkata, "Biarkan wang ini menjadi pengganti roti yang aku makan tadi." Sebelum dua lelaki tadi sempat menjawab, si musafir pun meminta diri untuk meneruskan perjalanannya lalu terus beredar.

Setelah musafir itu pergi, dua lelaki bersahabat tadi pun mula membahagi wang yang diberikan.

"Baiklah, wang ini kita bahagi saja," kata lelaki yang mempunyai lima potong roti.

"Aku setuju," jawab sahabatnya.

"Oleh kerana aku memabawa lima roti, maka aku berhak mendapat lima dirham, sedang bahagian kamu pula adalah tiga dirham."

"Ah, mana boleh begitu. Disebabkan dia tidak meninggalkan apa-apa pesan, lebih baik kita bahagi sama rata sahaja, masing-masing dapat empat dirham."

"Itu tidak adil. Aku memabaawa roti lebih banyak, maka itu aku patut dapat bahagian yang lebih banyak"

"Jangan begitu..."

Lalu, kedua lelaki itu pun saling berbantah. Meraka tidak berhasil mencapai kata sepakat tentang pembahagian wang tersebut. Maka, meraka pun berhasrat untuk menemui Imam Ali bin Abi Thalib as untuk meminta keputusan.



Di hadapan Imam Ali, kerdua lelaki tadi pun menceritakan tentang masalah yang mereka hadapi. Imam Ali mendengarnya dengan saksama. Setelah keduanya selesai berbicara, Imam Ali berkata kepada lelaki yang mempunyai tiga roti: "Terima sajalah pemberian sahabatmu yang tiga dirham itu!"

"Tidak! Aku tak mau menerimanya. Aku ingin mendapatkan penyelesaian yang seadil-adilnya," jawab orang itu.

"Jika engkau benar-benar bermaksud ingin membahaginya secara adil, maka bahagianmu hanya satu dirham" kata Imam Ali lagi.

"Hah..? bagaimana boleh begitu", katanya terkejut. "Sahabatku ini ingin memberikan tiga dirham dan aku menolaknya. tetapi kini tuan berkata bahawa hakku hanya satu dirham?"

"Bukankah engkau menginginkan penyelesaian yang adil dan benar?"

"Ya!"

"Kalau begitu, bahagianmu adalah satu dirham!"

"Bagaimana boleh begitu?", lelaki itu bertanya.

Imam Ali mengalih tempat duduknya. Sejurus kemudian beliau berkata, "Mari kita lihat. Engkau membawa tiga potong roti dan sahabatmu ini membawa lima potong roti."

"Benar," jawab keduanya.

"Kamu makan roti bertiga, dengan musafir itu."

"Benar!"

"Adakah kamu tahu, siapa yang makan lebih banyak?"

"Baiklah," jawab keduanya serentak.

"Roti kamu yang semuanya lapan potong itu, masing-masing kita bahagi tiga bahagian. Dengan itu, kita mempunyai dua puluh empat potong roti, bukan?" tanya Imam Ali.

"Benar," jawab keduanya.

"Kamu masing-masing makan sama banyak, ertinya setiap kamu telah makan sebanyak lapan potong, kerana kamu bertiga."

"Benar."

"Sekarang, kamu yang membawa lima roti, setelah dipotong menjadi tiga bahagian menjadi lima belas potong roti. Manakala kamu yang membawa tiga potong roti bererti mempunyai sembilan potong setelah dibahagi tiga bahagian, bukankah begitu?"

"Iya, benar", jawab keduanya.

"Lelaki yang mempunyai lima belas potong roti makan untuk dirinya delapan roti, jadi dia masih mempunyai baki tujuh potong roti lagi, dan itu telah dimakan oleh si musafir tadi. Sedangkan, lelaki yang mempunyai sembilan potong roti, bererti lapan potong untuk dirinya, dan bakinya satu potong dimakan oleh si musafir tersebut. Dengan itu, si musafir pun makan tepat sebanyak lapan potong roti sebagaimana kamu berdua. Bukankah begitu?"

Kedua lelaki tadi berfikir dan mengira untuk memahami penjelasan Imam Ali. Sejurus kemudian mereka berkata: "Iya, benar, kami faham."

"Nah, wang yang diberikan oleh musafir adalah lapan dirham, bererti tujuh dirham untuk kamu yang mempunyai lima roti sebab si musafir makan tujuh potong roti miliknya. Dan, satu dirham untuk kamu yang mempunyai tiga roti, sebab si musafir hanya makan satu potong roti dari apa yang kamu miliki tadi."

"Alhamdullilah.,.Allahu Akbar," kata kedua lelaki tadi. Mereka amat mengagumi cara Imam Ali as menyelesaikan masalah tersebut, sekali gus mengakui keluasan ilmunya.

"Demi Allah, kini aku puas dan rela. Aku tidak akan mengambil lebih dari hakku, yakni satu dirham," kata lelaki yang mengadukan hal tersebut, yang mempunyai tiga potong roti.

Kedua lelaki yang mengadu tadi pun sama-sama merasa puas. Mereka gembira kerana mendapat jawapan yang sebaik dan seadilnya, serta mendapat munafaat dari keluasan ilmu Imam Ali as.

2 comments:

My Blog List

Followers

Follow Us on Facebook

From Where?

widgeo

Star


c

Visitors Map

Visitors Map