WUQUF di Arafah adalah antara simbol menunjukkan perpaduan dan kesatuan
umat Islam walaupun berlainan warna kulit dan bangsa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PARA fuqaha bersepakat ibadah wukuf di Padang Arafah telah ditentukan dengan masa dan waktu yang jelas iaitu pada hari kesembilan Zulhijjah setiap tahun. Ia bermula daripada waktu gelincir matahari (zuhur) sehingga sebelum waktu fajar (subuh) pada hari kesepuluhnya.Ia tidak sah jika diganti oleh orang lain. Sesiapa yang sempat berwuquf pada waktu tersebut, dia memperolehi ibadat haji, manakala yang tidak sempat berwuquf dia pasti tidak akan mendapat haji tersebut.
Justeru, ibadat wuquf merupakan tiang asas kepada haji dan nadinya.
No comments:
Post a Comment