Pages

Wednesday, August 15, 2012

Manfaat Selawat اللهم صلِّ على محمد و آل محمد

Syaikh Kulaini meriwayatkan dari Imam Ja'far ash-Shodiq as, bahawa beliau telah berkata " Untuk menambah berat amalan baik di atas timbangan mizan, maka tidak ada perbuatan lain selain mengirimkan selawat ke atas Muhammad saw dan Keluarganya. Ketika perbuatan seseorang di timbang, dan berat amalan baiknya kurang, maka selawat akan di bawa dan di tambahkan di atas timbangan amalan baiknya itu, dan lihatlah amalan baiknya pun bertambah."

Nabi Muhammad saw bersabda :
"Pada hari kiamat ketika perbuatan seseorang akan di timbang, aku akn hadir di sana. Jika perbuatan buruk seseorang itu lebih berat dari perbuatan baiknya, maka aku akan membawa selawat yang dia kirimkan untuk-ku, dan menambahkan kepada perbuatan baiknya sehingga menambah berat amalan baiknya itu."

Syaikh Shaduq meriwayatkan dari Imam Ali ar-Ridha as yang berkata " Jika seseorang tidak mempunyai cara untuk mengurangkan perbuatan buruknya, maka hendaklah ia mengirimkan selawat dan salam atas Muhammad dan Keluarganya sebanyak mungkin, dengan melakukan itu ianya akan mengurangkan (berat) dosa-dosanya."

Muntazar [+]

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Followers

Follow Us on Facebook

From Where?

widgeo

Star


c

Visitors Map

Visitors Map