Pages

Saturday, November 24, 2012

Doa Untuk Pasangan Suami Isteri

Tiga doa untuk pasangan suami isteri ini diambil dari kitab Makarimul Akhlaq: 209.yang diperolehi dari sebuah laman web dari Indonesia.

Doa ini adalah daripada salah seorang cucu Rasulullah SAW iaitu Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., Putera Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Al-Husein (a.s.) cucu Rasulullah SAW.

Doanya adalah seperti berikut:-


اًللَّهُمَّ بِأَمَانَتِكَ أَخَذْتُهَا وَبِكَلِمَاتِكَ اِسْتَحْلَلْتُ فَرْجَهَا، فَإِنْ قَضَيْتَ لِي مِنْهَا وَلَدًا فَاجْعَلْهُ مُبَارَكًا سَوِيًّا وَلاَتَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ شَرِيْكًا وَلاَنَصِيْبًا


Allâhumma biamânatika akhadztuhâ, wa bikalimâtika istahlaltu farjahâ, fain qadhayta lî minhâ waladan faj`alhu mubârakan sawiyyâ, walâ taj`al lisysyaythâni fîhi syarîkan walâ nashîbâ.


Ya Allah, dengan amanat-Mu kujadikan dia isteriku dan dengan kalimat-kalimat-Mu dihalalkan bagiku kehormatannya. Jika Kau tetapkan bagiku memiliki keturunan darinya, jadikan keturunanku keberkahan dan kemuliaan, dan jangan jadikan syaitan ikut serta dan mengambil bahagian di dalamnya

.

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِي اَلْفَهَا وَوُدَّهَا وَرِضَاهَا بِي، وَاَرْضِنِي بِهَا، وَاجْمَعْ بَيْنَنَا بِأَحْسَنِ اِجْتِمَاعٍ وَاَيْسَرِ ائْتِلاَفٍ فَإِنَّكَ تُحِبُّ الْحَلاَلَ وَتُكْرِهُ الْحَرَامَ


Allâhummarzuqnî alfahâ wa wuddahâ wa ridhâhâ bî, wa ardhinî bihâ, wajma` baynanâ biahsani ijjtimâ`in wa aysari'tilâfin, fainnaka tuhibbul halâla wa tukrihul harâm.


Ya Allah, kurniakan padaku kelembutan isteriku, kasih sayang dan ketulusannya, redhai aku bersamanya. Himpunkan kami dalam rumah tangga yang paling baik, penuh kasih sayang dan kebahagiaan, sesungguhnya Engkau mencintai yang halal dan membenci yang haram


اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِي وَلَدًا وَاجْعَلْهُ تَقِيًّا ذَكِيًّا لَيْسَ فِي خَلْقِهِ زِيَادَةٌ وَلاَنُقْصَانُ وَاجْعَلْ عَاقِبَتَهُ اِلَى خَيْر


Allâhummarzuqnî waladan, waj`alhu taqiyyan dzakiyyan laysa fî khalqihi ziyâdatun walâ nuqshân, waj`al `âqibatahu ilâ khayrin.


Ya Allah, kurniakan padaku keturunan, dan jadikan ia anak yang bertakwa dan cerdas, tidak ada kelebihan dan kekurangan pada fizikalnya, dan jadikan kesudahannya pada kebaikan.


Sesungguhnya ilmu yang baik dan bermanfaat itu datang dari Allah SWT. Source: Read More

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Followers

Follow Us on Facebook

From Where?

widgeo

Star


c

Visitors Map

Visitors Map