Pages

Tuesday, March 31, 2009

Penampilan Ekslusif, Tetapi Bodoh Rupanya

Pada suatu zaman, ada seorang lelaki yang berterampilan amat menarik telah hadir ke majlis yang diadakan oleh Abu Yusuf Kufi, seorang hakim kepada Harun al-Rasyid. Si hakim tersebut amat menghormati dan mengagungkan orang tersebut. Sewaktu majlis sedang berlangsung, orang tersebut hanya diam dan lansung tidak mengeluarkan barang sepatah kata pun.

Hakim tersebut menyangka bahwa orang itu, dengan penampilannya, memiliki kepandaian dan ilmu yang luas. Hakim itu berkata, "Silakan berbicara."

Orang tersebut pun menjawab, "Kedatangan saya ke sini adalah untuk menanyakan sesuatu perkara!"

Hakim menjawab, "Silakan, saya akan menjawab apa yang saya tahu."

Orang tersebut melanjutkan katanya, "Bilakah seseorang yang berpuasa diperbolehkan untuk berbuka?"

Hakim menjawab, "Apabila matahari terbenam."

Si lelaki itu terus menyoal, "Sekiranya telah sampai pertengahan malam matahari juga masih belum juga terbenam, bagaimana?"

Hakim tertawa dan berkata, "Alangkah indahnya apa yang dikatakan oleh penyair bernama Jarir bin 'Athiyah, 'Diam adalah keindahan bagi orang yang bodoh, akal seseorang dapat diketahui dari kata-katanya, dan tidak berakalnya seseorang juga tampak dari kata-katanya."

Ulasan ku;

Ada juga orang yang macam si lelaki tuuu, takkanlah matahari tak terbenam kalau sudah dinihari.. tak logik betul soalannya!!!

2 comments:

My Blog List

Followers

Follow Us on Facebook

From Where?

widgeo

Star


c

Visitors Map

Visitors Map