Penghormatan Untuk Para Ibu
Saturday, 09 May 2009
Hari Ibu menjadi hari kita memberikan penghormatan kepada kaum hawa yang teristimewa. Hari kita mengenang kembali siapa diri kita, kejayaan yang kita capai dan lahirnya kita di dunia, semuanya kerana mereka telah melahirkan kita. Hari Ibu menjadi hari kita mensyukuri diri kita berterusan dibimbing, sama ada mereka masih ada mahu pun telah pergi
Saya masih ingat akan bimbingan dan kehadiran sokongan ibu tersayang semasa membesar sebagai anak sulong kepada lima beradik. Mungkin pada waktu itu saya terlalu kecil untuk memahami sepenuhnya tanggungjawab yang dipikul ibu sebagai isteri seorang Perdana Menteri. Walaupun pada usia ini, saya masih tidak memahami sepenuhnya kasih sayang dan kesabaran ibu yang sentiasa menyokong anak-anaknya yang kini mereka sendiri adalah tokoh masyarakat dan sentiasa pula menjadi perhatian umum. Saya mengagumi dan terasa kecil oleh ketinggian peradaban dan sikap tenangnya, kemurahan dan kebaikan hati beliau, kebijaksanaan serta gerak hati ibu selama ini. Ibulah yang telah membolehkan setiap daripada kami memenuhi potensi diri; memenuhi janji cita-cita kami dan menyelusuri laluan yang telah ditentukan sebagai takdir kami. Saya ingin meluahkan kepada ibu, Tun Rahah Mohd Noah, kasih sayang dan penghargaan saya yang abadi. Saya tidak mungkin berada di sini hari ini jika tidak kerana sokongan dan kasih sayang ibu yang tidak pernah pudar.
Kita sewajarnya mengiktiraf peri pentingnya asal usul kita, dan peranan yang dimainkan oleh komitmen dan kesetiaan di dalam kehidupan kita. Malaysia telah melahirkan generasi yang menyokong dan peluang untuk menjadi berdikari dan berjaya. Sedang kita bersama-sama berusaha untuk membina 1Malaysia dengan memenuhi potensi negara, kita sebenarnya membalas semangat memberi dan kemurahan hati tersebut.
Maka pada hari ini, saya menyanjungi mereka yang telah memberikan kita bimbingan dan sokongan, kasih sayang dan hala tuju. Saya ingin mendedikasikan hari ini kepada para ibu setiap keluarga di Malaysia. Tiada sesuatu pun yang boleh dibandingkan dengan kesucian kasih sayang seorang ibu.
Selamat Menyambut Hari Ibu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU
Tidak ramai orang yang tahu tentang Fatimah, model ibu yang juga melawan. Fatimah melawan siapa? Apakah perlawanan luar biasa dan tekanan yang harus dihadapinya. Apa perlawanan Fatimah yang mendapat tempat di syurga. Apa kekuatannya setanding Khadijah ibunya, Maryam dan Asiah?
Tentu, Fatimah tidak terpilih sebagai ibu yang hebat semata-mata kerana dia anakanda kesayangan Rasullah saw. Tentu, Fatimah turut terpilih kerana kualiti yang sama dengan Maryam, Asiah dan Khadijah: iaitu melawan.

Tidak ramai yang tahu Fatimah melawan apa atau siapa? Begitu sekali sejarawan menutup cerita, begitu pendek dan begitu sedikit perenggan mengenainya. Begitu bersungguh ulama dan pendakwah menutup dan menyorokkan perlawanan Fatimah. Begitu ramai orang akan memesongkan. Sehingga anda (kita) semua tidak mengenal Fatimah dan apa kualitinya sebagai seorang wanita dan ibu. Ustaz-ustaz hanya sanggup dan berani mengatakan Fatimah anak kesayangan Rasulullah saw. Setakat itu sahaja. Read More From Faisal Tehrani: Ibu Hebat
.... millions of people who love the final messenger’s family celebrated Farhat Az Zahra.
Rabee’ Al Awwal 9–the third month of the Islamic calendar—is the day of Farhat Az Zahra, the festival of Fatima Az Zahra (peace be upon her), the daughter of Prophet Muhammed (peace be upon him and his family).
......Fatimah menanggung beratnya walaupun sudah tiada. Anak-anaknya dibunuh oleh umat ayahandanya. Cucu-cicitnya dideritai oleh musuh keluarganya secara tidak terfikirkan. Anda mahu bersama Fatimah dan ayahnya bila dibangkitkan kelak; atau mahu bersama penganiaya ibu mulia ini?
.... millions of people who love the final messenger’s family celebrated Farhat Az Zahra.
Rabee’ Al Awwal 9–the third month of the Islamic calendar—is the day of Farhat Az Zahra, the festival of Fatima Az Zahra (peace be upon her), the daughter of Prophet Muhammed (peace be upon him and his family).
Read More
No comments:
Post a Comment